Latar Belakang Ismail_Abd_Muttalib

Dilahirkan di Kampung Pantai Chenor, Maran Pahang, anak kedua daripada 5 orang adik beradik ini merupakan seorang yang amat mudah didekati kerana sifat mesra beliau. Bapanya, Hj. Abd. Muttalib bin Hj. Omar merupakan seorang Pesara Guru Agama dan Ibunya Allahyarhamah Hajjah Habsah binti Hj. Arshad merupakan seorang Suri Rumah. Anak Jati Maran Pahang ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chenor. Kemudian beliau telah bersekolah di Sekolah Agama Chenor dan Sekolah Agama Al-Ihsan di Kuantan, Pahang. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Telah berkahwin dengan dengan Datin Hajjah Fatimah binti Hj. Kassim dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.